Terharu ! Wanita Ini Melutut Kepada Lim Guan Eng

. Minggu, 22 Desember 2013
0 komentar

Mengapa ?

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini berlaku ketika YB Lim Guan Eng menyampaikan cek bantuan kepada rakyat / masyarakat P.Pinang.....

Seorang wanita yang menerima bantuan melutut dihadapan Lim Guan Eng sehingga membuatkan Lim Guan Eng tergamam. Perbuatan begitu menandakan betapa terharunya dan berterima kasihnya kakak ini atas keperihatinan kerajaan yg telah meringankan bebanannya yang selama ini terpinggir dan terbiar sebelum Pulau Pinang di bawah pemerintahan KERAJAAN PR. (Gendang Perang)
Read More..

Shila Amzah Bimbang Dituduh Perampas

.
0 komentar

“Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik.

Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham,” ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Dalam masa yang sama, anak kepada N.D Lala ini juga menegaskan dia sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki. Tumpuannya kini hanya kepada kerjaya seninya yang semakin melangkah jauh.
“Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang. Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu. Saya pilih untuk fokus kepada kerjaya sahaja ketika ini. Saya juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodoh saya nanti,” luah Shila lagi.

Dalam perkembangan terkini, Shila kini sibuk dengan persiapan untuk melancarkan album terbarunya. Kepulangannya ke Malaysia kali ini adalah bertujuan untuk menjalani penggambaran video muzik single terbarunya, ‘Masih Aku Cinta’ yang kini sedang rancak diputarkan di corong-corong radio.

“Selepas penggambaran video muzik ini saya akan berangkat ke China semula pada 7 September ini. Selepas selesaikan beberapa komitmen di sana, baru saya akan pualang semula ke sini untuk melancarkan album. Tidak dinafikan jadual kerja saya sekarang ini sangat padat. Biarpun penat, tetapi saya gembira dan puas kerana ini adalah minat saya,” ujar Shila yang ditemui di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Majalah Lisa pada Khamis. – Gua
Read More..

Potret Dari Papan Kekunci 8 Gambar

.
0 komentar
Keybod Artis

Terdapat pelbagai cara potret boleh dihasilkan. Paling mudah ialah dengan mengambil gambar. Tetapi ini terlalu mainstream dan tidak lagi unik. Oleh itu artis yang kretif menggunakan medium alternatif bagi menghasilkan potret. Sebelum ini ada kami paparkan potret dihasilkan dengan menggunakan cebisan komik dan bayang-bayang. Hari ini mari lihat potret dihasilkan dengan menggunakan papak kekunci terpakai. WBK, seorang artis dari Australia Darul Kangaroomenggunakan papan kekunci terpakai pelbagai warna untuk menghasilkan potret seleb terkenal. Sangat impresif.







Sumber - BlogSerius
Read More..

Penganjur Persembahan Seks Ditangkap

. Sabtu, 21 Desember 2013
0 komentar

BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.

Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.

Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.

`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.

Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.

Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.

Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.

Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.

Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.

“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.

“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.

Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
Read More..

Cara Mudah Mengetahui Password Facebook Teman

.
0 komentar
cara mengetahui password facebook teman
Siapa sih sekarang yang gak kenal dengan Facebook? Ya , Jejaring Sosial terbesar ini nyatanya dapat membius semua kalangan entah itu muda maupun tua. Namun , Pernahkah terlintas dipikiranmu tentang bagaimana cara mengetahui password login facebook teman Anda. Kita akan belajar bersama-sama disini.

1. Sebelum melakukan trik ini silahkan terlebih dahulu mencobanya memakai akun fb kita sendiri.

2. Masukan Password (Untuk Percobaan)


3. Klik kanan pada kolom password dan klik Periksa elemen (Inspect element)


4. Pada bagian bawah akan muncul kotak berisi kode script facebook

Jika kotak muncul pada jendela baru, klik untuk memudahkan proses Hacking

5. Lihat bagian teks yang disorot pada gambar tadi!


Double Klik pada tulisan password pertama dan ganti menjadi cdwblog.js ganti menjadi seperti dibawah kemudian tekan Enter.

 6. Coba Lihat hasilnya!

Password teman Anda sekarang sudah terlihat :D

7. Untuk bisa mengelabui teman, ane punya tipsnya gan, misalnya coba bilang:
Bro mau log in ke FB/Twitter? (Yang sudah agan hack seperti tadi).
Setelah korban sedang menulis password agan lihat dan jangan sampai si korban mengetahui kalau passwordnya di hack.

Sumber
Read More..

Penjenayah Guna Taktik Cili Sos Berjaya Diberkas

. Jumat, 20 Desember 2013
0 komentar





Awas!!! Ada taktik terbaru yang kini digunakan penjenayah untuk mengalih perhatian sebelum meragut atau mencuri barang berharga milik mangsa.

Khamis lepas di Serdang, sekumpulan tiga orang dipercayai warga Filipina menggunakan taktik menumpahkan sos cili ke baju mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa sebelum dirompak.

Taktik itu bagaimanapun gagal apabila seorang daripada suspek itu berjaya ditahan sepasukan polis berpakaian preman yang meronda kawasan sekitar kawasan kejadian iaitu di pusat membeli-belah The Mines.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata tiga suspek itu pada mulanya menumpahkan sos cili ke atas mangsa iaitu seorang wanita warga China di sebuah stesen bas sebelum merompaknya.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Beliau berkata, anggota polis yang meronda terdengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong segera membantu mangsa.

“Taktik menggunakan sos cili itu kini merupakan cara baru pen jenayah mengalihkan perhatian mangsa.

“Bagaimanapun anggota kami berjaya mengejar dan memberkas seorang daripada mereka,” katanya.

Abdul Razak memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang 03-8074 2222 untuk membantu siasatan.
Read More..

Gajah dicat warna panda

.
0 komentar


SEKUMPULAN pelajar sekolah mendekati gajah yang diwarnakan seperti beruang panda di wilayah Ayutthaya baru-baru ini.

GAJAH sudah menjadi simbol Thailand sejak sekian lama namun negara itu mempunyai minat mendalam terhadap beruang panda sejak seekor haiwan berkenaan melahirkan anak di sebuah zoo di Bangkok baru-baru ini.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, sekumpulan penjaga gajah di Ayutthaya-Elephant Kraal bertindak mengecat lima ekor gajah dengan warna putih seperti corak bulu panda.
Gajah-gajah berkenaan kemudian diarak di hadapan para pelajar sekolah bagi menarik perhatian warga Thai yang kini terlalu obses terhadap anak panda tersebut.
Taktik penjaga gajah itu ternyata berjaya setelah ia mendapat tumpuan umum namun laman web akhbar Bangkok Post melaporkan tindakan itu keterlaluan.
"Kerajaan perlu menjaga simbol negara... gajah!" kata seorang pembaca. - Agensi


CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI!

Hate the feeling of wanting to Like your friends FB comment and at the same time, you want to reply your other friends Twitter comment as well? It is loading oh-too-slow!

Get the legendary Opera Mini with DiGi today! 6x faster Internet browsing so its faster than ever!

SMS "Opera" to 2000 to download and it is FREE now. Dont forget to share them with your friends!
Read More..