Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan

Banjir Lumpur Di Ringlet 2 Maut Setakat Ini

. Minggu, 02 Maret 2014
0 komentar

Cameron Highlands: Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat sini.

Jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat. - BERITA HARIAN
Read More..

Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini – Hamza

. Rabu, 25 Desember 2013
0 komentar
keretakebal


LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.
“Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini,” kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.
Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.
Sumber-Mstar Online
Read More..

Calon Pekerja Ini Dipaksa Menari Ketika Temuduga Kerja

. Selasa, 24 Desember 2013
0 komentar

Setiap pejabat umumnya mengadakan ujian psikotes, kesihatan, dan temuduga untuk para calon karyawan atau pekerjanya. Namun ada yang aneh dengan perusahaan yang satu ini.

Baru-baru ini, Currys, perusahaan pengecer elektronik di England meminta para calon pekerja untuk menari. Hal tersebut tentunya bukan termasuk prosedur yang normal.

Alan Bacon, salah seorang pelamar mengaku terkejut ketika dia dan peserta lainnya diminta menari oleh penemuduga. Lelaki 21 tahun itu juga merasa malu dan tidak selesa kerana terpaksa menari di depan  orang ramai yang tak dia kenal.

"Mulanya saya fikir ini hanya lawak, tapi ternyata mereka serius," ungkap Alan Bacon, seperti dikutip dari Reuters.

Alan juga sempat diwawancara oleh BBC Radio. Iapun mengungkapkan bahawa dirinya telah merasa terhina akibat tindakan pihak Currys yang menyuruhnya menari tarian Around the World dari lagu Daft Punk.

"Saya merasa terhina, sebagian besar kecewa. Tapi di satu sisi saya sangat memerlukan pekerjaan, jadi saya fikir saya akan mendapatkan pekerjaan itu bila saya menari. Tapi ini benar-benar bukan pengalaman yang sangat menyenangkan," jelas Alan, seperti dikutip dari Telegraph.

Kerana kejadian ini, beberapa hari yang lalu salah satu pihak perusahaan Currys menyampaikan permintaan maaf. Mereka juga menyatakan bahawa seharusnya peristiwa tersebut tidak terjadi. 

Seorang juru cakap Currys juga mengaku kecewa kerana pasukan pengurusannya tak melakukan proses perekrutan yang normal dan resmi seperti biasanya. Ketika ini, mereka sedang menyiasat anggota toko yang memegang sesi perekrutan itu, yang telah menyuruh para peserta menari. 

"Kami sangat menyesal, kerana telah membuat ramai orang malu. Kami juga akan beri mereka kesempatan lagi untuk menghadiri temuduga lain dan menunjukkan bagaimana mereka dapat berkontribusi untuk bisnes kami," tambah pihak perusahaan.
Read More..

Terharu ! Wanita Ini Melutut Kepada Lim Guan Eng

. Minggu, 22 Desember 2013
0 komentar

Mengapa ?

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini berlaku ketika YB Lim Guan Eng menyampaikan cek bantuan kepada rakyat / masyarakat P.Pinang.....

Seorang wanita yang menerima bantuan melutut dihadapan Lim Guan Eng sehingga membuatkan Lim Guan Eng tergamam. Perbuatan begitu menandakan betapa terharunya dan berterima kasihnya kakak ini atas keperihatinan kerajaan yg telah meringankan bebanannya yang selama ini terpinggir dan terbiar sebelum Pulau Pinang di bawah pemerintahan KERAJAAN PR. (Gendang Perang)
Read More..