Tampilkan postingan dengan label taktik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label taktik. Tampilkan semua postingan
Penjenayah Guna Taktik Cili Sos Berjaya Diberkas
Label: berjaya, cili, diberkas, guna, penjenayah, sos, taktik
Awas!!! Ada taktik terbaru yang kini digunakan penjenayah untuk mengalih perhatian sebelum meragut atau mencuri barang berharga milik mangsa.
Khamis lepas di Serdang, sekumpulan tiga orang dipercayai warga Filipina menggunakan taktik menumpahkan sos cili ke baju mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa sebelum dirompak.
Taktik itu bagaimanapun gagal apabila seorang daripada suspek itu berjaya ditahan sepasukan polis berpakaian preman yang meronda kawasan sekitar kawasan kejadian iaitu di pusat membeli-belah The Mines.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata tiga suspek itu pada mulanya menumpahkan sos cili ke atas mangsa iaitu seorang wanita warga China di sebuah stesen bas sebelum merompaknya.
Beliau berkata, anggota polis yang meronda terdengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong segera membantu mangsa.
“Taktik menggunakan sos cili itu kini merupakan cara baru pen jenayah mengalihkan perhatian mangsa.
“Bagaimanapun anggota kami berjaya mengejar dan memberkas seorang daripada mereka,” katanya.
Abdul Razak memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang 03-8074 2222 untuk membantu siasatan.
Taktik licik!!! Geng curi dalam hotel diberkas
Label: curi, dalam, diberkas, geng, hotel, licik!!!, taktik
KUALA LUMPUR - Taktik licik sekumpulan penjenayah tempatan memecah serta mencuri barang dalam bilik hotel di sekitar ibu negara terbongkar, selepas polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan Isnin lalu.
Kumpulan penjenayah ini menggunakan modus operandi dengan memujuk mana-mana individu yang baru dikenali untuk membuat tempahan bilik hotel dengan menggunakan kad pengenalan atau kad kredit mereka.
Selepas tempahan dibuat, suspek akan mencuri barang-barang elektrik yang berharga seperti televisyen, kabel televisyen, pengering rambut, lampu suluh dan lampu meja.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keempat-empat ahli kumpulan tersebut ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang pengurus hotel mendakwa bilik di premis perniagaannya dipecah serta kehilangan beberapa barangan elektrik dalam bilik itu bernilai kira-kira RM10,000.
Katanya, siasatan dijalankan berjaya menahan dua suspek, masing-masing seorang lelaki dan wanita dalam sebuah bilik hotel terbabit kira-kira jam 2.45 petang hari yang sama.
"Kita kemudian menyerbu sebuah rumah di Jinjang Baru dan menahan dua lagi suspek, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an.
"Dua daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.
sumber: