Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan

Alvin Dan Vivian Penyokong Seks Bebas

. Kamis, 27 Februari 2014
0 komentar
Alvin

Pasangan seks bebas Alvin dan Vivian pastinya menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan kenyataan bahawa tidak ada batas dalam menikmati makanan dalam Malaysia dengan memaparkan juadah sup berasaskan babi.
Bagaimanapun Alvin dan Vivian sebenarnya lebih perlu diperhatikan kerana mereka lah bakal penyebar pesta seks bebas dalam negara ini dan menyebarkan gambar-gambar aksi seks mereka kepada orang ramai melalui laman web tumblr mereka.
Dimuatnaik dengan di dalam page Facebook mereka Alvin dan Vivian – Alvivi mereka seperti menyembunyikan gambar-gambar pesta seks mereka untuk tontonan ahli-ahli tertentu dengan membuat kata laluan.
Tetapi sebenarnya kata laluan itu diletakkan di dalam laman Facebook berkenaan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang klik “Like” pada laman berkenaan untuk menatap gambar-gambar aksi seks mereka.
bodoh
Bodoh2
Lebih buruk, mereka dilihat mengeksploitasi kaum wanita untuk dijadikan habuan seks kerana wanita tidak dikenakan sebarang caj untuk menghadiri pesta seks mereka seperti bayaran yang dikenakan kepada pasangan iaitu RM150 dan lelaki RM300.
Perkara ini boleh tersebar dengan lebih buruk jika kerajaan tidak melakukan apa-apa.
Bagaimana pesta seks yang melibatkan begini ramai peserta boleh dibenarkan di adakan tanpa kehadiran pihak berkuasa menghalang pesta ini daripada diadakan.
Mereka dilihat sudah merancang untuk mengadakan parti seks seterusnya dengan kadar bayaran berbeza dengan pengunjung yang lebih ramai. Sesuatu perlu dilakukan kepada pasangan biadap ini kerana mereka sudah melampau. – IBNU K
Read More..

Penganjur Persembahan Seks Ditangkap

. Sabtu, 21 Desember 2013
0 komentar

BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.

Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.

Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.

`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.

Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.

Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.

Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.

Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.

Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.

“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.

“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.

Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
Read More..