Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan
Ceramah Anak di Felda Teloi Timur disekat lagi
Label: anak, ceramah, di, disekat, felda, lagi, teloi, timurHarakahdail
| Gaya Peneroka, | 06 Feb 2013 |
Ceramah Anak disekat lagi!
Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.
Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat.
Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.
Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.
Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.
Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!
Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.
Kesian sungguh.... (http://gayapeneroka.blogspot.com)
Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.
Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat.
Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.
Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!
Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.
Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!
Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.
Kesian sungguh.... (http://gayapeneroka.blogspot.com)
Tiada Lagi Rundingan…Serah Diri Atau Terima Tindakan! – PERDANA MENTERI
Label: –, atau, diri, lagi, menteri, perdana, rundingan…serah, terima, tiada, tindakan!SUBANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, insiden tembakan membabitkan dua anggota komando VAT 69 yang terkorban semalam merupakan jenayah serius dan kerajaan tiada pilihan melainkan mengambil tindakan tegas.
Perdana menteri berkata susulan kejadian itu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sebarang proses rundingan dengan pihak pemberontak terbabit yang telah melakukan jenayah berat.
“Kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangankan permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.
“… kita hanya ada dua pilihan iaitu sama ada mereka menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan,” kata beliau kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada wira negara di balai ketibaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.
Anggota yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
Insiden tembakan tersebut membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo.
Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.55 pagi dengan pesawat Charlie dan selamat tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari.
Jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.
Sementara jenazah Koperal Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Kata Najib, Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius.
“Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi semalam, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.
“Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan,” katanya dipetik Bernama.
Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: “perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal.”