8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik

. Rabu, 05 Februari 2014
0 komentar
Salam semua,





8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik

1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.


3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Bagi yang sudah terbuka hati dan menerima hidayah dari Allah untuk bertudung, TAHNIAH

sumber





Read More..

Tangani Pembohongan Dengan Pantas

. Selasa, 04 Februari 2014
0 komentar

MELAKA – Pendekatan Puteri Umno menangani pembohongan pembangkang dengan pantas dapat menarik sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) apabila mereka dapat membezakan antara maklumat yang benar dan palsu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ketuanya Mas Ermieyanti Samsudin berkata dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat sekarang adalah penting bagi pengundi muda mengetahui perkara sebenar tentang sesuatu isu yang dilaporkan bagi membolehkan mereka memilih pemimpin terbaik mewakili mereka.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pergerakan itu juga berusaha gigih mematahkan fitnah dan dakyah pembangkang yang dilemparkan kepada BN terutamanya di media sosial melalui ceramah dan perjumpaan dengan pengundi.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk bekerja keras memperbetul segala fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang dan menerangkan maklumat sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Isnin ini, 27,222 pengundi di DUN Sungai Limau akan memilih wakil baharu mereka antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat bagi mengisi kekosongan kerusi penyandang, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Mas Ermieyanti berkata selain ceramah dan pertemuan rumah ke rumah, pergerakan itu turut mendekati pengundi yang berada di luar kawasan menerusi telefon, media sosial dan juga khidmat pesanan ringkas.
Setakat ini, pergerakan itu telah mendekati lebih separuh daripada 11,000 pengundi muda berusia bawah 40 tahun, dengan 5,662 daripadanya wanita. – BERNAMA
Read More..

Kontroversi Penemuan Alien Di China

. Senin, 03 Februari 2014
0 komentar
Mengesankan, seorang pria di China baru - baru ini memposting foto Alien yang bertinjauan ia temukan. Banyak orang yang mempercayai bahwa itu asli, namun juga banyak orang yang menyatakan bahwa itu adalah palsu. Semua orang bebas berpendapat, namun kebenaran hanya bisa didapatkan dengan menelusuri dan juga melakukan studi lebih lanjut. Kabarnya, hingga saat ini pria itu terus menyimpan alien tersebut di dalam lemari es.























Read More..

Kes Culik Aisyah Ibu Mangsa Kenal Suspek Melalui FB Rancang Berkahwin

. Minggu, 02 Februari 2014
0 komentar
Empat lelaki ditahan kes samun

PETALING JAYA - Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.
Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.
Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.
Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.
Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.
“Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab,” kata Abdul Rahim kepada The Star.
Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.
Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.
Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.
Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.
Read More..

Isu Masterchef Selebriti ”Saya Dipergunakan Dan Dijadikan Watak Jahat “

. Sabtu, 01 Februari 2014
0 komentar
Zain Saidin


Nama pelakon siri Oh My English!, Zain Saidin tiba-tiba menjadi hangat apabila dia dikatakan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap juri-juri yang mengadili program Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) seperti yang disiarkan pada Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Zain menjelaskan kepada Sinar Harian;
” Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah,”
Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu juga mendedahkan bahawa dia didesak oleh pihak produksi untuk menyertai sekali MSM 2 kerana kisah percintaannya Rozita Che Wan atau Che Ta yang juga menjadi salah seorang peserta program tersebut.
“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” jelasnya.
Zain juga berkata dia kini sudah berbaik dengan ketiga-tiga juri tersebut iaitu Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Adu dan dia juga tidak kisah dengan tanggapan serta pandangan masyarakat mengenai dirinya selepas melihat episod ‘panas’ itu.
Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Ramai rasai Umno meniti di benteng akhir

. Jumat, 31 Januari 2014
0 komentar

Harakahdaily

Rossem, 14 Ogs 2012

KETEREH: Peristiwa yang berlaku sekarang di mana semakin ramai menyertai PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya pernah terjadi ketika Nabi Muhammad saw berjaya membuka kota Mekah.

Ketika itu berbondong-bondong orang Musyrikin Mekah memeluk Islam kerana mereka melihat Islam sudah berada di ambang kemenangan dan dapat memerintah negeri.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud (gambar) berkata, begitu juga dengan suasana yang berlaku sekarang, di mana ramai melihat PAS dan Pakatan Rakyat sudah berada di ambang kemenangan pada pilihan raya ke-13.

“Sekarang semua golongan menyertai PAS termasuk mantan pegawai tertinggi polis, tentera, pegawai tadbir, ahli korporat, artis bahkan menteri kabinet,” katanya ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Al-Mukarabbin, Kampung Bechah Kura, Peringat kelmarin.

Nassurudin yang juga Adun Meranti berkata, Umno sekarang terpaksa mencipta helah dengan memberi gambaran buruk terhadap PAS, PKR dan DAP.

Katanya terbaru mereka mengatakan mengundi DAP haram kerana DAP menentang pelaksanaan hudud.

“Kalau DAP menentang hudud munasabah kerana mereka bukan Islam, tapi bagaimana dengan Umno yang menentang hudud sedangkan mereka orang Islam.

“Hukum  hudud diwajibkan  ke atas orang Islam sahaja sementara bukan Islam  tidak tertakluk kepada hukum tersebut,” katanya.

Sementara itu pegawai penyelidik bidang politik di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, sudah tidak ada lagi parti yang menang sejak zaman kemerdekaan terus kekal berkuasa di dunia sekarang kecuali Umno.

Katanya, Umno terpaksa melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa, biar pun nasibnya sudah tidak menyebelahi mereka sekarang.

"Masa untuk Umno sudah luput, jadi mereka terpaksa mencuba pelbagai ramuan awek muda kononnya untuk menyambung jangka hayat. Ramuan itu antaranya wang ringgit dan undi pos," ujarnya.
Read More..

Ritual Tuhan Harun Jamming menjelang Maghrib

. Kamis, 30 Januari 2014
0 komentar
myMetro 06 April 2013

Kuantan: Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.
Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.
FotoKETUA pengamal ajaran sesat dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.
Read More..